Saturday 16 February 2008

Family vacation-Tiara Beach Resort, Port Dickson




7-9 Februari 2008, Port Dickson
Sempena Tahun Baru Cina pada 7 dan 8 Februari 2008, kami sekeluarga bertolak ke Port Dickson jam 11 pagi. Perjalanan kami menempuhi kesesakan di Lebuhraya KL Seremban mulai persimpangan Kajang. Kami keluar di persimpangan Nilai dan berhenti makan tengaharu di Salak Tinggi (nasi ayam) sebelum meneruskan perjalanan melalui Sepang, Bukit Pelandok dan Lukut. Traffic light yang banyak arah Lukut ke PD dan Telok Kemang menjadikan kami tiba di Tiara Beach Resort jam 4 petang. Ketibaan kami di tunggu oleh Intan yang telah mendapatkan kunci bilik lebih awal. Sama tiba pada petang ini adalah Hafizah dan keluarga, Pa Anjang, Mak Wa, Azam/isteri dan aiman, Fuzan dan keluarga, Pa Uda dan keluarga serta Ema dari Johor.Hari pertama semua kanak-kanak mandi di kolam renang. Makan malam pertama di bilik Kak Lah//Intan dan Efi dan keluarga. Hari kedua, masing-masing mandi dan solat Jumaat. Makan malam di Ikan Bakar, PNK di Port Dickson. pesanan lewat dan makan mee goreng, bihun goreng dan 3 ekor ikan bakar. Jam 11 malam baru bertolak balik ke TBR. Hari Sabtu, masing-masing mandi dan bergambar sebelum check out jam 12 tengahari. Kami tiba di rumah jam 3 petang setelah makan di R&R Seremban.

No comments: