Tuesday 12 May 2009

YB Dato' Hj Noh Menteri Pertanian Baru

7 Mei 2009, Kuala Lumpur. Buat julong kalinya YB Dato' Hj Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Pertanian bersama YB Dao' Wira Johari Baharom, YBhg Dato' Ibarahim Mohamad, TKSUR dan Ybhg. Dato Hashim, TKSU Usahawan MoA hadir ke pejabat LPP. Sesi taklimat berkenaan LPP telah disampaikan oleh YBhg. Puan Hjah Mariam mas Yacob, Ketua Pengarah LPP. Beberapa cadangan dipersetujui dalam sesi soaljawab di mana Pertubuhan Peladang wajar mendirikan sebuah kilang padi untuk melengkapkan rantaian nilai aktiviti dalam industri padi di Selangor selain PP terlibat dalam perkhidmatan kejenteraan, semaian benih dan projek mini-estet padi di PPK Tanjong Karang, Pasir panjang dan PPK Sungai Besar. Juga dicadangkan pembinaan sebuah pusat latihan peladang diwujudkan di Tg Karang dalam memenuhi pembangunan modal insan di kalangan peladang di kawasan tengah Semenanjung khususnya dalam industri padi. Sesi taklimat berakhir pada jam 130 tengahari.

Tuesday 24 February 2009

Revisit Tiara Beach Resort 3 Hari

Sabtu, 24 Januari 2009
Kami sekeluarga sekali lagi bercuti rehat di Tiara Beach Resort tahun ini. Turut bersama keluarga En Rahmah/kak Siah, Fauzan, Ucu, Kak Lah, Long Ana, Zai dan anak-anak serta efi dan family. Selama 2 malam kami bercuti rehat di Tiara. Kesempatan bagi saya dan Akmal untuk melawat buat pertama kalinya ke Rumah Api Tanjong Tuan. Ianya memenatkan kerana menaiki bukit dan satu latihan fizikal sebelum melihat aktiviti go-kart. Malam terakhir kami menjamu selera di tepi pantai akan tetapi mengecewakan. Ianya menjadi kenangan dan kami tidak akan makan lagi di situ kerana mutu perkhidmatan yang amat tidak memuaskan. Kami sekeluarga balik semula ke KL pada Tahun Baru Cina iaitu Isnin 26 Januari 2009.

Arpan Shah's Blog

Laman Web Rasmi Lembaga Pertubuhan Peladang

Saturday 16 February 2008

Family vacation-Tiara Beach Resort, Port Dickson




7-9 Februari 2008, Port Dickson
Sempena Tahun Baru Cina pada 7 dan 8 Februari 2008, kami sekeluarga bertolak ke Port Dickson jam 11 pagi. Perjalanan kami menempuhi kesesakan di Lebuhraya KL Seremban mulai persimpangan Kajang. Kami keluar di persimpangan Nilai dan berhenti makan tengaharu di Salak Tinggi (nasi ayam) sebelum meneruskan perjalanan melalui Sepang, Bukit Pelandok dan Lukut. Traffic light yang banyak arah Lukut ke PD dan Telok Kemang menjadikan kami tiba di Tiara Beach Resort jam 4 petang. Ketibaan kami di tunggu oleh Intan yang telah mendapatkan kunci bilik lebih awal. Sama tiba pada petang ini adalah Hafizah dan keluarga, Pa Anjang, Mak Wa, Azam/isteri dan aiman, Fuzan dan keluarga, Pa Uda dan keluarga serta Ema dari Johor.Hari pertama semua kanak-kanak mandi di kolam renang. Makan malam pertama di bilik Kak Lah//Intan dan Efi dan keluarga. Hari kedua, masing-masing mandi dan solat Jumaat. Makan malam di Ikan Bakar, PNK di Port Dickson. pesanan lewat dan makan mee goreng, bihun goreng dan 3 ekor ikan bakar. Jam 11 malam baru bertolak balik ke TBR. Hari Sabtu, masing-masing mandi dan bergambar sebelum check out jam 12 tengahari. Kami tiba di rumah jam 3 petang setelah makan di R&R Seremban.

Wednesday 13 February 2008

PARLIMEN DIBUBARKAN

Putrajaya, 13 Februari 2007.
YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawai, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum ke 12 diadakan. Ianya akan melibatkan pemilihan di 222 kawasan Parlimen. Suruhanjaya Pilihanraya bersidang essok untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.

Tuesday 12 February 2008