Tuesday 12 May 2009

YB Dato' Hj Noh Menteri Pertanian Baru

7 Mei 2009, Kuala Lumpur. Buat julong kalinya YB Dato' Hj Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Pertanian bersama YB Dao' Wira Johari Baharom, YBhg Dato' Ibarahim Mohamad, TKSUR dan Ybhg. Dato Hashim, TKSU Usahawan MoA hadir ke pejabat LPP. Sesi taklimat berkenaan LPP telah disampaikan oleh YBhg. Puan Hjah Mariam mas Yacob, Ketua Pengarah LPP. Beberapa cadangan dipersetujui dalam sesi soaljawab di mana Pertubuhan Peladang wajar mendirikan sebuah kilang padi untuk melengkapkan rantaian nilai aktiviti dalam industri padi di Selangor selain PP terlibat dalam perkhidmatan kejenteraan, semaian benih dan projek mini-estet padi di PPK Tanjong Karang, Pasir panjang dan PPK Sungai Besar. Juga dicadangkan pembinaan sebuah pusat latihan peladang diwujudkan di Tg Karang dalam memenuhi pembangunan modal insan di kalangan peladang di kawasan tengah Semenanjung khususnya dalam industri padi. Sesi taklimat berakhir pada jam 130 tengahari.

No comments: